Assalamuaalaikum dan Salam 1 Malaysia.
Subuh yang amat mendamaikan aku pagi tadi membuatkan subuh aku lambat kali ni. ah , ini disebabkan aku terpaksa bersengkang mata untuk melayan kerenah kawan-kawan aku yang gelong-gelong otak atas dari aku lagi. (semalam) hampir 2 pagi baru aku tidur. inilah dinamakan cuti sekolah .. ekekeke . bangun pagi aku usya luar rumah aku .memang pagi di tambah lagi dengan awan kebiruaan yang dikurniakan oleh Ilahi. tak ternilai kebesarannya. :)
entah kenapa pada ayat mula mula macam ayat gramatis. dalam karangan yang aku buat selama ni,jarang sesangat ayat aku gramatis selalu broken malay lah. aku lah tu siapa tak kenal dengan karangan yang kurang mantap dan kurang mampat isi isi. macam manalah hampa boleh faham bahasa malaysia aku ni. kena sebat dengan cikgu kalau baca entry yang entah hampe hampe ni.lepas bangun ,mandi lah apa lagi. tengok cerita kartun kejap, tup tup cerita landasan cinta..wahh.. badan aku tak ke mana selain makan nasi depan tv. memang pesyen melayu kot. makan depan tv.senang nak masuk otak agaknya.okey.
satu suap nasi aku masuk pelan pelan sengaja bagi mama aku tunggu aku sementara mama tengah sidai baju.haha , jahatkan anak ni. dewww.. last sekali aku kena marah sebab lambat makan nasi. apa taknya nasi plus ayam goreng plus sayur pucuk ... aku tak tahu tapi tak sedap mata aku memandanya.. sejenis yang pelik kan aku ni. siap pakai tudung. mama aku bawak pegi rumah dia yang berkurun lama bersawang , bercicak , berlipas , dan sewaktu dengannya. mama mengarahkan aku dalam kereta siap siap supaya aku tak kelupa .
first : buang semua langsir .
second :buang sawang bla bla dan blaaa..
third : sapu sampah
empat : dalam erti kata lain .kemas rumah !
aku mula pekerjaan aku dengan baik.. dan rajin.. sehinggalah badan aku berpeluh. terduduklah aku atas kerusi .kerusi siapa hentah yang senang lenang letak dalam ruang kereta rumah mama aku . nasib aku tak maki . tapi tak pe jiran punya hal aku tak kisah,.. huahauaa.. aku terus kemas dan kemas. baik kan aku ni. walaupun berat badan aku ni menambah dan menghasut aku supaya tak payah buat kerja,aku buat jugak supaya peluh aku keluar. aku pun tak mau kau ada dalam badan aku lah wahai peluh lemak.
azan mula berkumandang menandakan masuk waktu zohor.. ayat dah basi -aku taw- tapi , itulah peringatan kepada umat nabi supaya menunaikan waktu zohor.. pandai pulak ustazah aqilah bagi ceramah. makasehh .. LeLwww.. macam taw taw ayah aku ni yang aku ni dahaga . badan pulak longlai pegang penyapu lidi..pandai aku gaya dekat ayah aku. haha . dapat jugak aku hirup air teh O ais limau. nyumm..
lepas rehat sama sama , kami semua a.k.a abang ayah mama aku. kemas nak balik. balik rumah asal aku. banyak pulak rumah kau . eh - ayah aku punya hak nak ke tak nak.aku cuma buat tak tahu cukup.that my job when someone ask a question like that. yeah . sampai rumah aku maen game .haha. teruk kan aku ni .tak reti nak mandi .
tapi tak pe , sehingga sekarang aku masih kawal nafsu makan . wkwkw. ape tidak nya berat badan aku meningkat deww.. maaf,maklumat sulit. haha. ini adalah hari aku bersenam walaupun aku jarang nak pegi jogging dalam kawasan perumahan aku di atas bukit dan berpagar. Insyaallah aku akan tahan makan . dan bersenam. amin.