Bersabarlah wahai manusia.

tarikh: 12/ 11/2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia .

Kesabaran merupakan asas keimanan kepada seseorang muslim.Kesabaran lahir dari hati yang suci dan ikhlas serta tenang meghadapi segala-galanya dengan tenang dan tabah.Kesabaran juga menjadi asas kepada kehidupan seseorang dalam menjalani kehidupan seharian.tanpa kesabaran segala pekerjaan yang dilakukan mungkin akan mengalami kerugian.

Seseorang manusia pasti akan melakukan sesuatu di luar kawalan manusia sekiranya konsep kesabaran tidak diaplikasikan di dalam kehidupan mereka.Kerana itu banyak perkara yang tidak diingini ‘hadir’ dalam hidup manusia.Kesabaran tidak hanya tertumpu dan terbatas hanya dengan gerak daya yang perlahan,tetapi ianya membawa banyak maksud.kesabaran hati juga memainkan peranan paling penting dalam kehidupan manusia.Hati yang sabar akan tenang meghadapi segala liku-liku kehidupan yang kian mencabar dan mugkin boleh membuatkan seseorang hilang kewarasan jika tidak dikawal mengikut cara yang betul.

Di dalam konsep keimanan pula,kesabaran menjadi asas paling penting.Ianya terbukti di dalam perlaksanaan solat fardhu mahupun sunat.Solat yang khusyuk lahir dari hati yang sabar kerana setiap pergerakan yang di lakukan memupupuk sikap kita supaya tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Oleh itu bersabarlah kamu setiap masa,sesungguhnya kesabaran itu membawa kepada keharmonian hidup serta menjadikan hidup kita lebih sempurna dari sebelumnya..


Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu: 
  • * tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah; 
  • * menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran; 
  • * memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan; 
  • * tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat. 


Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah: 


Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya. 

   Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat). 

Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: "Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS. 32:24); "Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya 

(syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)". (QS. 25:75); "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS. 
39:10); 



Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala. 

Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab. 

Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a'lam. 

===== Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 





Dua Tiga kucing berlari , cuba bagi like Satu Kali. :)

 
HAK MILIK KEKAL AQILAH HUMAIRAH