, bersenam sedikt

tarikh: 26/ 11/2012


   Assalamuaalaikum dan Salam 1 Malaysia.

Subuh yang amat mendamaikan aku pagi tadi membuatkan subuh aku lambat kali ni. ah , ini disebabkan aku terpaksa bersengkang mata untuk melayan kerenah kawan-kawan aku yang gelong-gelong otak atas dari aku lagi. (semalam) hampir 2 pagi baru aku tidur. inilah dinamakan cuti sekolah .. ekekeke . bangun pagi aku usya luar rumah aku .memang pagi di tambah lagi dengan awan kebiruaan yang dikurniakan oleh Ilahi. tak ternilai kebesarannya. :)

entah kenapa pada ayat mula mula macam ayat gramatis. dalam karangan yang aku buat selama ni,jarang sesangat ayat aku gramatis selalu broken malay lah. aku lah tu siapa tak kenal dengan karangan yang kurang mantap dan kurang mampat isi isi. macam manalah hampa boleh faham bahasa malaysia aku ni. kena sebat dengan cikgu kalau baca entry yang entah hampe hampe ni.lepas bangun ,mandi lah apa lagi. tengok cerita kartun kejap, tup tup cerita landasan cinta..wahh.. badan aku tak ke mana selain makan nasi depan tv. memang pesyen melayu kot. makan depan tv.senang nak masuk otak agaknya.okey.

satu suap nasi aku masuk pelan pelan sengaja bagi mama aku tunggu aku sementara mama tengah sidai baju.haha , jahatkan anak ni. dewww.. last sekali aku kena marah sebab lambat makan nasi. apa taknya nasi plus ayam goreng plus sayur pucuk ... aku tak tahu tapi tak sedap mata aku memandanya.. sejenis yang pelik kan aku ni. siap pakai tudung. mama aku bawak pegi rumah dia yang berkurun lama bersawang , bercicak , berlipas , dan sewaktu dengannya. mama mengarahkan aku dalam kereta siap siap supaya aku tak kelupa . 

first : buang semua langsir .
second :buang sawang bla bla dan blaaa..
third : sapu sampah 
empat : dalam erti kata lain .kemas rumah ! 

aku mula pekerjaan aku dengan baik.. dan rajin.. sehinggalah badan aku berpeluh. terduduklah aku atas kerusi .kerusi siapa hentah yang senang lenang letak dalam ruang kereta rumah mama aku . nasib aku tak maki . tapi tak pe jiran punya hal aku tak kisah,.. huahauaa.. aku terus kemas dan kemas. baik kan aku ni. walaupun berat badan aku ni menambah dan menghasut aku supaya tak payah buat kerja,aku buat jugak supaya peluh aku keluar. aku pun tak mau kau ada dalam badan aku lah wahai  peluh lemak.

azan mula berkumandang menandakan masuk waktu zohor.. ayat dah basi -aku taw- tapi , itulah peringatan kepada umat nabi supaya menunaikan waktu zohor.. pandai pulak ustazah aqilah bagi ceramah. makasehh .. LeLwww.. macam taw taw ayah aku ni yang aku ni dahaga . badan pulak longlai pegang penyapu lidi..pandai aku gaya dekat ayah aku. haha . dapat jugak aku hirup air teh O ais limau. nyumm..

lepas rehat sama sama , kami semua a.k.a abang ayah mama aku. kemas nak balik. balik rumah asal aku. banyak pulak rumah kau . eh - ayah aku punya hak nak ke tak nak.aku cuma buat tak tahu cukup.that my job when someone ask a question like that. yeah . sampai rumah aku maen game .haha. teruk kan aku ni .tak reti nak mandi .

tapi tak pe , sehingga sekarang aku masih kawal nafsu makan . wkwkw. ape tidak nya berat badan aku meningkat deww.. maaf,maklumat sulit. haha.  ini adalah hari aku bersenam walaupun aku jarang nak pegi jogging dalam kawasan perumahan aku di atas bukit dan berpagar. Insyaallah aku akan tahan makan . dan bersenam. amin. 























Dua Tiga kucing berlari , cuba bagi like Satu Kali. :)

, Bersabarlah wahai manusia.

tarikh: 12/ 11/2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia .

Kesabaran merupakan asas keimanan kepada seseorang muslim.Kesabaran lahir dari hati yang suci dan ikhlas serta tenang meghadapi segala-galanya dengan tenang dan tabah.Kesabaran juga menjadi asas kepada kehidupan seseorang dalam menjalani kehidupan seharian.tanpa kesabaran segala pekerjaan yang dilakukan mungkin akan mengalami kerugian.

Seseorang manusia pasti akan melakukan sesuatu di luar kawalan manusia sekiranya konsep kesabaran tidak diaplikasikan di dalam kehidupan mereka.Kerana itu banyak perkara yang tidak diingini ‘hadir’ dalam hidup manusia.Kesabaran tidak hanya tertumpu dan terbatas hanya dengan gerak daya yang perlahan,tetapi ianya membawa banyak maksud.kesabaran hati juga memainkan peranan paling penting dalam kehidupan manusia.Hati yang sabar akan tenang meghadapi segala liku-liku kehidupan yang kian mencabar dan mugkin boleh membuatkan seseorang hilang kewarasan jika tidak dikawal mengikut cara yang betul.

Di dalam konsep keimanan pula,kesabaran menjadi asas paling penting.Ianya terbukti di dalam perlaksanaan solat fardhu mahupun sunat.Solat yang khusyuk lahir dari hati yang sabar kerana setiap pergerakan yang di lakukan memupupuk sikap kita supaya tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Oleh itu bersabarlah kamu setiap masa,sesungguhnya kesabaran itu membawa kepada keharmonian hidup serta menjadikan hidup kita lebih sempurna dari sebelumnya..


Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu: 
  • * tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah; 
  • * menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran; 
  • * memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan; 
  • * tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat. 


Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah: 


Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya. 

   Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat). 

Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: "Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS. 32:24); "Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya 

(syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)". (QS. 25:75); "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS. 
39:10); 



Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala. 

Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab. 

Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a'lam. 

===== Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 





Dua Tiga kucing berlari , cuba bagi like Satu Kali. :)

, si hacker yang kejam !

tarikh: 07/ 11/2012

Assalamuailaikum dan Salam 1 Malaysia.


hari ini, hari apa ye ? itulah ,gatai taknak pegi sekolah dah.sampai hari pun dah lupa. ok,dah ingat ; khamis kan.yeah ! lagi satu hari lagi tamat persekolahan.  Tengkorak kaw ! hari ni hari rabu ;ingat sama..hari ni hari kokurikulum. 2 hari lagi tamat persekolahan. hari ni ,qilah jadi budak baik sesangat. baik lah sangat.<--jeles lettew...huhu. tak lah sampai tolong orang nak angkat barang berat-berat. just kemas rumah dan buat apa yang patut jeww..



done mukadimahnya. masuk tajuk atas tuh. 


kenapa dengan hacker tuh ? dan kejam lagi ? eh, qilah kau ada masalah dengan hacker ka ? ke,kau makan coklat hack tak ajak aku ? banyak lah coklat hack kaw ! coklat strawberry pun tak makan lagi sampai layu  nak makan coklat hack pulak. ee,tak patut aku tamak .ok petang tadi.qilah tengah scroll dekat wall facebook   tikus mondok dan tetiba ternampak sesuatu yang gempak lagi kebaboom ! api-apii.. tak dak nya api. kaw saja nak main dengan aku erk ! takpa,takpa.



apa-apa jew lah kau ni. kaw kenal najwa latif tak ? tak . kenapa ? kau suka dia tak ? tak. tak comey.. kau cakap najwa latif tak comey .tengok gajah terbangg ! mana-mana ? satu ketukan di atas kepala dia. padan dengan muka dia,percaya sangat gajah terbang. :P.sakit lah. itulah padahnya kalau tak suka najwa latif. haha. kakak najwa latif iaitu ika latif menyatakan bahawa akaun najwa latif telah dihack oleh si hacker yang kejam lagi kejam tu.huh. 


tak tahu lah kenapa si hacker ni pegi hack akaun najwa.. apa salah dia sampai kena hack gituu.. kalau ada masalah or something yang tak nak bagi tau terus, just talk dekat akak dia keww..ni tidak,hack akaun plak. haish. hentikanlah . tak kesian ka dekat kami semua ni.sentiasa menunggu pekembangan dia dari semasa ke semasa ? jaga perasaan orang lain sama kay.

berikut adalah penyataan yang benar dan sahih lagi.


dari fanpage najwa latif.



dari najwa latif awesome freinds.


tengok background tu! memang kejam !


dari najwa latif kepada si hacker.



sajew nak letak gambar kakak najwa latif. hiii.. 
minat sungguh ye kaw ni. eh,mestilah. : )





p/s : najwa latif sangat sangat baik. jangan berprasangka buruk terhadap dia. :)



Dua Tiga kucing berlari , cuba bagi like Satu Kali. :)

, Entry bergambar #part 2

tarikh:06 / 11/2012

Assalamuailaikum dan Salam 1 Malaysia.

mintak maaf mintak ampun sesangat sebab tak sempat nak update entry ni semalam. semalam hujan jugak dan hari ni pon hujan jugak . so ,kita jangan salahkan takdir Allah dan rahmat nya. Entry semalam dah update jadi angpa pegi lah buat semak dekat blog archive tu. hari ni qilah duduk diam-diam sat dengan baca blog aizat abdullah dan fatin liyana . qilah kagum dengan depa ni sebab ayat-ayat depa ni awesome sangat-sangat. macam cakap face to face ( cakap dalam alam maya pun tak pernah ni nak cakap face to face pulak dah) sat tengok cermin dulu . padan ke tak muka ni jumpa depa. ngee~

for information qilah rasa cuak bila nak berhadapan dengan hotstuff . jangan marah yew .bayangkan budak sekolah rendah jadi hotstuff .kalah aku ni. haha . ok perasan ja aku ni. ni nak cerita pasal pegi cameron ka pasal hotstuff ? cikgu. maafkan saya kalau karangan PMR saya tu terlari dari tajuk. macam saya tengah buat entry ni. abih tak dak rasa masam manis nya. dan tak ada rasa aura untuk cikgu baca dan baca lagi . buat muka kucing yang tengah mintak kepala ikan bawal.

dan sekarang . gambar saja . ok ? lepas kitaorang pegi ladang teh, beli semua yang ada. cis, buat macam bank ada dalam poket uh. beli rasa nak beli lah. kitaorang pegi taman bunga-bunga cintaa..layu dipusaraa.. sila muntah sekarang dan baling bantal dekat haku . suara pecah mambang gila-gila . haha. kepada misha omar jangan marah kalau chorus tu silap .hihi. 

lepas habis tengok bunga-bunga kat situ , kitaorang blah pegi ladang teh plak . amboi bahasa aku ni. nasib aku okey lah jugak. tanah tu licin nak habaq mai pun tak taw. kasut aku habis belemoyh dengan tanah merah plus coklat. coklat teddy bear tu pun tak makan lagi. strawbeery pun dok ada sampai sekarang ni. kenyang makan nasi lah katakan. hohooo..

kemudian ,kitaorang kena ligan masa sebab banyak tempat yang tak pegi lah .so, kami teruskan perjalanan sampai mana ntah. hihi. soory no picture . mood tak adew . harap maaf.



hilang semangat nak senyum.



peace ^^v

suka tengok hijau daun tuu..

tumpang masuk jgak lew tuu.. hihi

kepala nampak lagi besar leww..


sahabat ! 

sat-sat. aku takdan nak habaq mai ni ikut aku dekat

this is my classmate. syazwana is her name. #wana.


jadi ! takat ni saja entry. malam pun makin jauh. mata pun makin layu.. see you guys next time,next entry okey. 
p/s ; hari ni ada mesej dari no tak dikenali dan dia maki hamun tetibaa.. harap maafkan qilah semasa pergi cameron highland okey . mungkin salah faham mula timbul  di situ .







Dua Tiga kucing berlari , cuba bagi like Satu Kali. :)

, Entry bergambar #part 1

tarikh: 05/11 /2012


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Pada petang isnin ini  qilah nak kongsi cerita sedikit saja. *tak mau baca pon tak pa* hehe. 2/11/12 (jumaat) cikgu qilah ada buat rombongan cuti-cuti malaysia  sekolah selepas peperiksaan PMR yang lalu.so , kali ni ada beberapa gambar yang sempat qilah post saja. (orang tngk gmbr ja,entry siapa nak baca kan )

Kali ini ,cikgu qilah pilih CAMERON HIGHLAND saja.. lagipun bajet memang sesuai untuk kami kalau dibandingankan pergi ke KUALA LUMPUR dimana bajet untuk berbelanja banyak diperlukan. Makan,minum semua nya ditanggung sendiri. haha. nak pergi tu memang kena pandai-pandai jaga purse masing-masing lah.

pada sebelah malam ,kitaorang kongsi bilik 15 orang. (banyakkan ? ) bilik yang kami tidur tu besar.. so boleh lah huha-hihi lah.. dalam bilik tu terdiri dari adik junior dan kakak senior. aku dah tergolong dalam kakak senior leww..


Pasar malam brincang memang popular lah dengan barang-barang . kalau nak taw barang-barang apa,kena pergi sendiri dan alami sendiri.haha .jalan punya jalan dah sampai pukul 10.30 ,so kitaorang memang kena balik bilik. tak sampai berapa jam, kami keluar ambik angin sejuk pukul 2 pagi.. setengah dari kami jadi burung hantu yang tidak ada sayap . ngee~

3/11/12 (sabtu) hari kami semua akan pulang dan melancong sakan . (beli pon cikit jaa) Qilah ngan kawan banyak photoshoot dan cuci mata. apa boleh buat . Masa tu kitaorang bertiga ada masalah dengan tekanan.wahh sampai tahap macam tu sekali.

Tapi tak apa, kitaorang still enjoy the moment sebelum berpisah pada tahun hadapan ( kalau berpisah lah )


Qilah dan bestfreind (hasya)



Qilah dan hasya


3 sahabat bergambar. 

kitaorang di kedai ladang teh cameron.


Qilah dan mujahadah . 




note foot : to be continue..





Dua Tiga kucing berlari , cuba bagi like Satu Kali. :)

 
HAK MILIK KEKAL AQILAH HUMAIRAH